Wednesday 28 September 2016

TIPS UNTUK MENDAPAT 4FLAT!!!

Assalamualaikum. selamat datang ke blog kami. Disini kami serba sedikit ingin mendedahkan tips-tips yang telah diamalkan oleh siswa-siswa dan siswi-siswi bagi mendapat 4flat bagi setiap semester. Memandangkan pelajar Matrikulasi bakal menghadapi PSPM 1 tak lama lagi. Kami dengan rela hati mendedahkan tips yang boleh diamalkan oleh para pelajar diluar sana yang sedang mencari cara untuk mendapat 4 flat. Berikut ialah tips untuk dapat 4flat :

1. TIDAK PONTENG KULIAH 

Sebagai pelajar matrikulasi mahupun universiti, kedatangan ke kuliah adalah diwajibkan. Kenapa ya?Sekiranya kita tidak hadir ke kuliah kemungkinan kita akan tertinggal beberapa bab yang telah diajar dalam kuliah. Malah, ponteng kuliah juga telah menunjukkan bahawa disiplin diri tidak ada dan sekiranya tidak hadir lebih dari 3 kali, kita akan dikenakan Akta 174. Menurut bekas pelajar KMPh sendiri yang berjaya menamatkan program matrikulasi dengan 4flat juga sering berkata bahawa 30% ilmu dapat dari kuliah. Jadi sekiranya kita ponteng, 30% belum tentu dapat kita perolehi. Apatah lagi bagi pelajar yang malas untuk belajar, perkara ini akan memberi kesan terhadap keputusan peperiksaan.

2. BERSEMANGATLAH !!!

Setiap hari pelajar matrikulasi akan dibekalkan dengan kerja-kerja dan assignment yang banyak. Hal ini menyebabkan pelajar akan berasa lebih mudah tertekan. Kita sebagai seorang pelajar matrikulasi seharusnya menikmati kehidupan matrikulasi dengan cara suasana matrikulasi. Jadi, kita kenalah sentiasa bersemangat walaupun kerja yang diberikan bertimbun ibarat gunug yang ingin meletus. Apabila semangat tu ada, segala kerja insyaAllah dapat diselesaikan tanpa ada masalah. 

3. JANGAN TANGGUHKAN KERJA ATAU ASSIGNMENT YANG DIBERI

Perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar matrikulasi untuk menangguh kerja-kerja yang diberi. Sikap ini perlulah dikikis dalam diri kita kerana apabila kita amalkan sikap ini, kemungkinan kita akan mudah mendapat stres. Apabila stres, banyak lah penyakit yang datang. Walaupun kerja yang diberi agak susah akan tetapi kita seharusnya menonjolkan usaha bagi menyiapkan juga tugasan yang diberi dan hantar pada masa yang telah ditetapkan. Dengan cara ini, dalam masa yang sama kita tidak membebankan diri kita dengan kerja-kerja yang banyak. 

4. SELALU DEKATKAN DIRI DENGAN TUHAN

Bagi pelajar muslim, kita haruslah mendekatkan diri dengan Allah agar hati kita sentiasa dalam keadaan yang tenang. Antaranya kita boleh melakukan solat Dhuha, hajat dan tahajud dalam usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah. Akan tetapi solat 5 waktu wajib kita tunaikan sebagai kewajipan umat islam. Apabila kita selalu dekatkan diri dengan Allah, insyaAllah ilmu yang diberi akan diberkati, dan hati akan tenang sentiasa walaupun dalam keadaan yang rumit. 

Mungkin itu sahaja yang dapat dikongsikan kepada semua, harap kita dapat amalkan tips2 ini dalam kehidupan seharian kita. Jadi, Semoga berjaya PSPM 1 nanti !



No comments :

Post a Comment

Groovy Pointer 4