Saturday 31 December 2016

1 TEAM 1 SPIRIT

1 TEAM 1 SPIRIT

Assalamualaikum guys ! Dah lama tak update blog, huhu, Sekarang ni pun dah masuk sem 2, baru-baru ni KMPh ada menjalankan satu karnival, iaitu karnival JSI (English Carnival). Dalam karnival ni, banyak pertandingan yang dianjurkan seperti Food Challenge, Explorace, The Voice KMPh, Video Clip dan banyak lagi. Nak tulis satu-satu nanti panjang pulak entri ni. 

Okay, jadi entri kali ni admin nak share video yang berjaya mendapat johan dalam pertandingan Video Clip KMPh. Video pendek ini diinspirasikan oleh team Chronos iaitu team admin sendiri. Tema video klip ini ialah 1 TEAM 1 SPIRIT. Video ini lebih kearah video motivasi. Selepas kami brainstorm untuk mencari idea, akhirnya admin berjaya menghasilkan video yang menarik. Malah, mesej yang ingin diketengahkan turut sampai dalam hati penonton. Bak kata generasi Y, "deeplah katakan". Haha.

Jadi, admin pun malas nak taip panjang2, saksikanlah sendiri video ni, jangan lupa komen sekali 


Anda Termiss :

Friday 30 September 2016

TIPS SURVIVAL DI MATRIKULASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang ke blog kami, hari ini kami ingin mendedahkan sedikit sebanyak tips untuk survive di matrik. Ramai yang suggest kepada saya untuk buat entri kali ini berkaitan dengan cara untuk survive di matrikulasi. Sebenarnya, kehidupan di matrikulasi bukanlah senang KALAU KITA TAK PANDAI NAK ADAPT kat mana-mana matrikulasi. Sambung mana-mana pun ada susah, ada senangnya. tu memang tak dinafikan lah. Cara nak survive ni banyak. Jadi student kenalah kreatif dan kritis. We aren't robot yang statik pada satu cara je. Kita diprogramkan dan diberi akal untuk berfikir. So terpulanglah pada diri-diri masing untuk cari cara paling selesa untuk berjaya.

TIPS SURVIVAL:

JANGAN PERNAH TINGGAL SOLAT

Sebagai seorang muslim, solat adalah wajib dilaksanakan. Percayalah, sekali kita tinggal ibadah kita, kita akan rasa down. Apabila hubungan dengan Allah terjaga, InsyaAllah yang lain pun settle gak. Kalau boleh rajin-rajinkanlah diri untuk solat tahajud, dhuha dan hajat. InsyaAllah ilmu yang masuk pun berkat. 

JAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

First sekali, jangan sesekali cari musuh. Kalau boleh rapatkan hubungan baik dengan pensyarah. Jaga hubungan sesama roommate dan classmate. Korang akan hidup dengan dorang setahun dekat matrikulasi. InsyaAllah, kalau korang boleh jaga hubungan baik korang dengan dorang, kerja kita akan jadi lebih mudah. Jadi peluang untuk kita berjaya memang dah ada.

SIAPKAN SEMUA ASSIGNMENT

Yang ni paling penting, sekali kita tinggal satu assignment, memang perit hidup. Sebab kat matrik assignment akan diberikan setiap hari. So, kalau kita asyik tangguh2, benda ni lah yang akan menjadi punca student stress. Dekat matrik ni style dia ala-ala sekolah. Assignment tu stye buku latihan dimana setiap buku latihan disediakan. Semua ni wajib disiapkan. Tapi percayalah kalau kita buat ni jelah jalan paling mudah untuk kau perform kat matrik.

BUAT PAST YEAR QUESTION

Yang ni penting, kalau kita nak kenal pattern soalan, past year question ni memang penting sebab trend soalan dia berulang. So nak perform kenalah rajin-rajin buat past year. Soalan past year kena buat berpuluh-puluh kali buat sampai hafal pattern soalan, hafal jalan kerja sebab dah banyak kali sangat buat. Tapi ni je jalan untuk kita faham apa yang kita belajar.

Semoga bermanfaat kepada korang. Muhasabahlah diri masing-masing. Ingat, jangan terlalu stress duduk dekat matrik ni. Enjoy je. Walaupun kerja bertimbun. Amalkanlah tips-tips di atas insyaAllah korang boleh berjaya.


YANG ANDA TERMISS:

Thursday 29 September 2016

PERMAINAN INTERAKTIF YANG MENJADI KEGILAAN PELAJAR SUATU KETIKA DAHULU

JOM RELEASE TENSION DENGAN PERMAINAN2 INTERAKTIF DI BAWAH. (Relax your mind and enjoy it) 


Explore your mind .


Play it if you love it,

Wednesday 28 September 2016

KENANGAN SEMASA PROSES TEMUDUGA PRD KMPh

KENANGAN SEMASA PROSES TEMUDUGA PRD KMPh

Assalamualaikum dan selamat datang, kali ini blog kami akan menyediakan entri tentang aktiviti yang dilaksanakan semasa proses temuduga PRD. 

Sebelum kami dilantik sebagai seorang PRD, kami perlu menghadapi beberapa saringan antaranya ialah proses temuduga. Di mana proses temuduga ini adalah untuk memilih pelajar yang proaktif, berdisiplin dan mampu mengatur sesuatu situasi dengan baik bertetapan dengan ciri-ciri sebagai seorang PRD. 

 Gambar dibawah adalah proses temuduga yang dijalankan di Dewan Mini Oxford, KMPh:-

Calon yang terpilih perlu mengisi maklumat peribadi sebelum proses temuduga dijalankan

Calon diajukan beberapa soalan berkaitan definisi persatuan PRD
Antara calon-calon PRD yang sedang berusaha bagi mendapatkan jawatan sebagai PRD.
Calon-calon yang belum ditemuduga perlu menunggu giliran masing-masing.
Setelah selesai sesi temuduga, calon yang terpilih akan disenaraipendekkan dan ditampal di mana-mana papan info. 

Akhir kata, kepada calon-calon yang berjaya, saya ucapkan tahniah dan galaslah tanggungjawab yang sudah diberi.

PROGRAM PERKONGSIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI MATRIKULASI

Pada tarikh 23 Ogos 2016, KMPh telah mengadakan program Perkongsian Kemahiran Belajar Di Matrikulasi yang bertempat di Dewan Mat Kilau pada pukul 9 malam. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang pengalaman bekas pelajar KMPh yang telah menempuhi pelbagai cabaran dan situasi yang sungguh mencabar. 6 orang bekas pelajar KMPh sesi 2015/2016 dijemput bagi menceritakan kisah suka dan duka di KMPh. Program ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kesalahan teknikal. 

6 orang bekas pelajar KMPh tersebut bukanlah sewenang-wenangnya dijemput untuk memberikan sedikit perkongsian kemahiran. Akan tetapi mereka dipilih untuk hadir berkongsi cerita kehidupan di matrikulasi yang penuh perit dan jerih sehinggakan ada dalam kalangan mereka yang hampir berhasrat untuk membunuh diri sendiri. Walaupun begitu, program ini bukanlah bertujuan untuk memberikan cerita yang suram sahaja. Tetapi mereka selitkan bahawa dalam kesuraman lahirnya kebangkitan dari tidur yang lena dalam berusaha untuk mencapai pointer yang terbaik di KMPh. Mereka bukanlah terdiri dalam golongan yang mendapat 4flat. Akan tetapi mereka berusaha untuk menjadi yang terbaik. Banyak lagi kisah yang disampaikan yang boleh dijadikan sebagai pengajaran mahupun teladan.





Sekian, Terima Kasih. 

[[Will be update soon]]

TIPS UNTUK MENDAPAT 4FLAT!!!

Assalamualaikum. selamat datang ke blog kami. Disini kami serba sedikit ingin mendedahkan tips-tips yang telah diamalkan oleh siswa-siswa dan siswi-siswi bagi mendapat 4flat bagi setiap semester. Memandangkan pelajar Matrikulasi bakal menghadapi PSPM 1 tak lama lagi. Kami dengan rela hati mendedahkan tips yang boleh diamalkan oleh para pelajar diluar sana yang sedang mencari cara untuk mendapat 4 flat. Berikut ialah tips untuk dapat 4flat :

1. TIDAK PONTENG KULIAH 

Sebagai pelajar matrikulasi mahupun universiti, kedatangan ke kuliah adalah diwajibkan. Kenapa ya?Sekiranya kita tidak hadir ke kuliah kemungkinan kita akan tertinggal beberapa bab yang telah diajar dalam kuliah. Malah, ponteng kuliah juga telah menunjukkan bahawa disiplin diri tidak ada dan sekiranya tidak hadir lebih dari 3 kali, kita akan dikenakan Akta 174. Menurut bekas pelajar KMPh sendiri yang berjaya menamatkan program matrikulasi dengan 4flat juga sering berkata bahawa 30% ilmu dapat dari kuliah. Jadi sekiranya kita ponteng, 30% belum tentu dapat kita perolehi. Apatah lagi bagi pelajar yang malas untuk belajar, perkara ini akan memberi kesan terhadap keputusan peperiksaan.

2. BERSEMANGATLAH !!!

Setiap hari pelajar matrikulasi akan dibekalkan dengan kerja-kerja dan assignment yang banyak. Hal ini menyebabkan pelajar akan berasa lebih mudah tertekan. Kita sebagai seorang pelajar matrikulasi seharusnya menikmati kehidupan matrikulasi dengan cara suasana matrikulasi. Jadi, kita kenalah sentiasa bersemangat walaupun kerja yang diberikan bertimbun ibarat gunug yang ingin meletus. Apabila semangat tu ada, segala kerja insyaAllah dapat diselesaikan tanpa ada masalah. 

3. JANGAN TANGGUHKAN KERJA ATAU ASSIGNMENT YANG DIBERI

Perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar matrikulasi untuk menangguh kerja-kerja yang diberi. Sikap ini perlulah dikikis dalam diri kita kerana apabila kita amalkan sikap ini, kemungkinan kita akan mudah mendapat stres. Apabila stres, banyak lah penyakit yang datang. Walaupun kerja yang diberi agak susah akan tetapi kita seharusnya menonjolkan usaha bagi menyiapkan juga tugasan yang diberi dan hantar pada masa yang telah ditetapkan. Dengan cara ini, dalam masa yang sama kita tidak membebankan diri kita dengan kerja-kerja yang banyak. 

4. SELALU DEKATKAN DIRI DENGAN TUHAN

Bagi pelajar muslim, kita haruslah mendekatkan diri dengan Allah agar hati kita sentiasa dalam keadaan yang tenang. Antaranya kita boleh melakukan solat Dhuha, hajat dan tahajud dalam usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah. Akan tetapi solat 5 waktu wajib kita tunaikan sebagai kewajipan umat islam. Apabila kita selalu dekatkan diri dengan Allah, insyaAllah ilmu yang diberi akan diberkati, dan hati akan tenang sentiasa walaupun dalam keadaan yang rumit. 

Mungkin itu sahaja yang dapat dikongsikan kepada semua, harap kita dapat amalkan tips2 ini dalam kehidupan seharian kita. Jadi, Semoga berjaya PSPM 1 nanti !



KEM PRD KEBANGSAAN 2016

Pada 26 hingga 28 Ogos 2016, pihak matrikulasi telah mengadakan kem kepimpinan bagi Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) khususnya di peringkat kebangsaan yang bertempat di Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang. Kem berlangsung dengan begitu lancar tanpa ada sebarang gangguan atau masalah teknikal yang dihadapi. Kem ini disertai oleh 12 Kolej Matrikulasi di Malaysia iaitu Kolej Matrikulasi Pahang, Kolej Matrikulasi Perlis, Kolej Matrikulasi Kedah, Kolej Matrikulasi Perak, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kolej Matrikulasi Melaka, Kolej Matrikulasi Johor, Kolej Matrikulasi Labuan, Kolej Matrikulasi Sarawak, Kolej Matrikulasi Selangor, Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang dan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor.
PRD KMPh

Dalam kem ini, kami didedahkan lagi dengan lebih mendalam tentang info-info dan maklumat yang penting untuk menjadi seorang Pembimbing Rakan Dinamik yang luar biasa. Mahupun begitu, Pihak KMPh telah menghantar 15 orang wakil yang terdiri daripada ahli jawatankuasa tertinggi dan AJK yang terpilih. Sepanjang kem tersebut, banyak ilmu yang telah dicurahkan kepada kami ghalibnya seperti ciri-ciri seorang PRD yang berkaliber dan penampilan seseorang PRD. Malah, kem ini juga telah menyelitkan beberapa permainan interaktif yang menarik bagi memberi semangat kepada peserta-peserta PRD. Antaranya ialah permainan merangka satu ayat dan terjemahkan kepada pelbagai bahasa yang ada di Malaysia. Tujuannya adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara sesama peserta PRD. Bukan itu sahaja, kami juga telah dibahagikan dalam beberapa kumpulan yang terdiri daripada peserta kolej yang berbeza khususnya untuk proses merapatkan persahabatan antara ahli-ahli PRD. Malah, nama kumpulan yang diberi juga amat unik seperti kumpulan European iaitu kumpulan saya sendiri. 

Ketika kem tersebut diambang penutupan, kami semua berasa gembira kerana sepanjang kami berada di KMTPh, kami telah mempelajari pelbagai teknik dan cara untuk menjadi seorang PRD luar biasa. Dalam kegembiraan, ada jua kesedihan yang hadir dalam diri kami apabila kami terpaksa berpisah dengan peserta-peserta yang lain. Tetapi persahabatan kami tidak terhenti dengan begitu sahaja  kerana dunia yang semakin maju ini kami dapat menghubungkan satu sama lain melalui aplikasi Whatsapp. Ketika hari pulang semula ke KMPh, kami sempat mengambil gambar bersama-sama peserta yang lain sebagai kenangan manis dan pahit kami sepanjang berada di kem. Akhir kata, kami sebagai PRD sedia menjalankan tugas dengan sebaik mungkin setelah berjaya menyertai kem ini sehingga tamat.




Tuesday 6 September 2016

Pengenalan PRD


PRD 

PEMBIMBING RAKAN DINAMIK (PRD)

Definisi Pembimbing Rakan Dinamik
PRD di Kolej Matrikulasi Pahang merujuk kepada kumpulan pelajar-pelajar yang telah menerima latihan kemahiran asas kaunseling. Ahli-ahli PRD berfungsi sebagai sahabat yang efektif kepada rakan-rakan di kolej terutama mereka yang memerlukan sokongan dan pertolongan. PRD menggunakan kemahiran tersebut untuk membantu rakan menangani masalah dengan menjadi pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, mengambil berat dan mempamerkan keikhlasan apabila bantuan mereka diperlukan.

Konsep Program Pembimbing Rakan Dinamik
Di peringkat kolej matrikulasi, program PRD merupakan suatu program yang mengenalpasti pelajar sebagai aset penting untuk membantu rakan. Di samping itu, PRD juga berperanan sebagai jambatan (bridge) antara pelajar dan pegawai kaunseling kolej dan sentiasa bersedia untuk membantu mengembangkan serta menjayakan aktiviti unit kaunseling dan kerjaya kolej.

Objektif Program Pembimbing Rakan Dinamik (PRD)

  • Meningkatkan komitmen pelajar untuk bersama-sama mengambil bahagian yang aktif dalam proses penyelesaian masalah rakan-rakan.
  • Menggalakkan perkongsian perasaan, pendapat dan maklumat secara positif ke arah kehidupan yang harmoni sepanjang berada di kolej matrikulasi.
  • Meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar bahawa kebajikan dan kesejahteraan hidup rakan-rakan adalah tanggungjawab bersama.

Sunday 4 September 2016

PEMBIMBING RAKAN DINAMIK (PRD) KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

PEMBIMBING RAKAN DINAMIK (PRD) KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

Definisi Pembimbing Rakan Dinamik

PRD di Kolej Matrikulasi Pahang merujuk kepada 
kumpulapelajar-pelajar yang telah menerima latihan kemahiran asas kaunseling. Ahli-ahli PRD berfungsi sebagai sahabat yang efektif kepada rakan-rakan di kolej terutama mereka yang memerlukan sokongan dan pertolongan. 

PRD menggunakan kemahiran tersebut untuk membantu rakan menangani masalah dengan menjadi pendengar yang peka kepada perasaan orang lain,mengambil berat dan mempamerkan keikhlasan apabila bantuan mereka diperlukan.

Konsep Program Pembimbing Rakan Dinamik


Di peringkat kolej matrikulasi,program PRD merupakan suatu program yang mengenalpasti pelajar sebagai aset penting untuk membantu pelajar lain,atau dalam erti kata lain,rakan membantu rakan. 

Di samping itu, PRD juga berperanan sebagai jambatan (bridge) antara pelajar dan pegawai kaunseling kolej dan sentiasa bersedia untuk membantu mengembangkan serta menjayakan aktiviti unit kaunseling dan kerjaya kolej.

Objektif Program Pembimbing Rakan Dinamik (PRD):

a) Meningkatkan komitmen pelajar untuk bersama-sama mengambil bahagian yang aktif dalam proses
    penyelesaian masalah rakan-rakan.

b) Menggalakkan perkongsian perasaan,pendapat dan maklumat secara positif ke arah kehidupan yang
    harmoni sepanjang berada di kolej matrikulasi.

c) Meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar bahawa kebajikan dan kesejahteraan hidup rakan-rakan
    adalah tanggungjawab bersama.
Groovy Pointer 4