Sunday 4 September 2016

PEMBIMBING RAKAN DINAMIK (PRD) KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

PEMBIMBING RAKAN DINAMIK (PRD) KOLEJ MATRIKULASI PAHANG

Definisi Pembimbing Rakan Dinamik

PRD di Kolej Matrikulasi Pahang merujuk kepada 
kumpulapelajar-pelajar yang telah menerima latihan kemahiran asas kaunseling. Ahli-ahli PRD berfungsi sebagai sahabat yang efektif kepada rakan-rakan di kolej terutama mereka yang memerlukan sokongan dan pertolongan. 

PRD menggunakan kemahiran tersebut untuk membantu rakan menangani masalah dengan menjadi pendengar yang peka kepada perasaan orang lain,mengambil berat dan mempamerkan keikhlasan apabila bantuan mereka diperlukan.

Konsep Program Pembimbing Rakan Dinamik


Di peringkat kolej matrikulasi,program PRD merupakan suatu program yang mengenalpasti pelajar sebagai aset penting untuk membantu pelajar lain,atau dalam erti kata lain,rakan membantu rakan. 

Di samping itu, PRD juga berperanan sebagai jambatan (bridge) antara pelajar dan pegawai kaunseling kolej dan sentiasa bersedia untuk membantu mengembangkan serta menjayakan aktiviti unit kaunseling dan kerjaya kolej.

Objektif Program Pembimbing Rakan Dinamik (PRD):

a) Meningkatkan komitmen pelajar untuk bersama-sama mengambil bahagian yang aktif dalam proses
    penyelesaian masalah rakan-rakan.

b) Menggalakkan perkongsian perasaan,pendapat dan maklumat secara positif ke arah kehidupan yang
    harmoni sepanjang berada di kolej matrikulasi.

c) Meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar bahawa kebajikan dan kesejahteraan hidup rakan-rakan
    adalah tanggungjawab bersama.

No comments :

Post a Comment

Groovy Pointer 4