Wednesday 28 September 2016

KEM PRD KEBANGSAAN 2016

Pada 26 hingga 28 Ogos 2016, pihak matrikulasi telah mengadakan kem kepimpinan bagi Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) khususnya di peringkat kebangsaan yang bertempat di Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang. Kem berlangsung dengan begitu lancar tanpa ada sebarang gangguan atau masalah teknikal yang dihadapi. Kem ini disertai oleh 12 Kolej Matrikulasi di Malaysia iaitu Kolej Matrikulasi Pahang, Kolej Matrikulasi Perlis, Kolej Matrikulasi Kedah, Kolej Matrikulasi Perak, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kolej Matrikulasi Melaka, Kolej Matrikulasi Johor, Kolej Matrikulasi Labuan, Kolej Matrikulasi Sarawak, Kolej Matrikulasi Selangor, Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang dan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor.
PRD KMPh

Dalam kem ini, kami didedahkan lagi dengan lebih mendalam tentang info-info dan maklumat yang penting untuk menjadi seorang Pembimbing Rakan Dinamik yang luar biasa. Mahupun begitu, Pihak KMPh telah menghantar 15 orang wakil yang terdiri daripada ahli jawatankuasa tertinggi dan AJK yang terpilih. Sepanjang kem tersebut, banyak ilmu yang telah dicurahkan kepada kami ghalibnya seperti ciri-ciri seorang PRD yang berkaliber dan penampilan seseorang PRD. Malah, kem ini juga telah menyelitkan beberapa permainan interaktif yang menarik bagi memberi semangat kepada peserta-peserta PRD. Antaranya ialah permainan merangka satu ayat dan terjemahkan kepada pelbagai bahasa yang ada di Malaysia. Tujuannya adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara sesama peserta PRD. Bukan itu sahaja, kami juga telah dibahagikan dalam beberapa kumpulan yang terdiri daripada peserta kolej yang berbeza khususnya untuk proses merapatkan persahabatan antara ahli-ahli PRD. Malah, nama kumpulan yang diberi juga amat unik seperti kumpulan European iaitu kumpulan saya sendiri. 

Ketika kem tersebut diambang penutupan, kami semua berasa gembira kerana sepanjang kami berada di KMTPh, kami telah mempelajari pelbagai teknik dan cara untuk menjadi seorang PRD luar biasa. Dalam kegembiraan, ada jua kesedihan yang hadir dalam diri kami apabila kami terpaksa berpisah dengan peserta-peserta yang lain. Tetapi persahabatan kami tidak terhenti dengan begitu sahaja  kerana dunia yang semakin maju ini kami dapat menghubungkan satu sama lain melalui aplikasi Whatsapp. Ketika hari pulang semula ke KMPh, kami sempat mengambil gambar bersama-sama peserta yang lain sebagai kenangan manis dan pahit kami sepanjang berada di kem. Akhir kata, kami sebagai PRD sedia menjalankan tugas dengan sebaik mungkin setelah berjaya menyertai kem ini sehingga tamat.




No comments :

Post a Comment

Groovy Pointer 4